Mengenai Masjid
Masjid Allutfi Hampar Pendang Kedah
Sejarah Masjid Jamek Al-Lutfi, Kampung Pondok Batu Hampar, Pendang Kedah Darul Aman (MJAL).
........................................................................
Makam Al-Marhum Tuan Guru Haji Awang @ Hj.Muhammad Ramli Bin Al-Marhum Tuan Guru Hj.Senik (ATGHR).
Makam (ATGHR) dimakamkan dibelakang Masjid (MJAL), pada 19 November 1979 masihi bersamaan 25 Zulhijjah 1399H.
Beliau (ATGHR) merupakan penggerak utama serta pengasas (MJAL) juga menantu kepada Tuan Guru Haji Hassan Bin Tuan Guru Haji Che Dol, iaitu bapa mertua kepada (ATGHR) yang telah mewakafkan tanah beliau untuk pembinaan masjid baru bagi masjid kariah pada ketika itu yang diasaskan pada 11 November 1963 masihi.
Bersebelahan makam (ATGHR) adalah makam Tuan Haji Rofie Bin Haji Bakar (Pendang), antara pengasas yang banyak memberi sokongan sumbangan bagi pembinaan masjid (MJAL) sepanjang kehidupannya.
Semoga segala jasa kebaikan & kebajikan mereka akan menjadi inspirasi kepada generasi hari ini, khususnya kepada anak-anak kariah Kampung Pondok Batu Hampar, Pendang, Kedah, dalam kekuatan pembinaan serta pengimarahan Masjid Jamek Al-Lutfi secara berhikmah & harmoni, sehingga akhir hayat kita